NextGenLegacy

KEPERLUAN PERANCANGAN PUSAKA DALAM MUAMALAT ISLAM

KENAPA PERLUNYA PERANCANGAN PUSAKA ?

KESAN TIADA PERANCANGAN PUSAKA

PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA

SIAPA YANG PERLU melanggan pentadbiran pusaka

INGIN URUS HARTA TAPI.........

Risau - Kos Pengurusan Pusaka Tinggi

Waris Tidak Mampu Bayar Fi/Kos Pusaka

Waris Tidak Tahu Menguruskan Pusaka

JALAN PENYELESAIAN

Pengenalan

Harta Pusaka yang tidak dituntut dan tidak diuruskan telah mencapai RM90 billion  dan malangnya 90% daripada jumlah itu adalah milik orang Islam khususnya melayu (Utusan Malaysia, 11hb Sep 2021) . Akibatnya harta-harta ini tidak dapat menjana ekonomi negara dan membebankan waris-waris simati yang tinggal. Isu kos dan fi yang mahal, tiada pengetahuan pusaka, prosedur pentadbiran pusaka yang rumit dan tiada kesefahaman di kalangan waris-waris antara punca utama proses pentadbiran pusaka simati tidak dapat dilaksanakan.
 
Oleh yang demikian kepentingan masyarakat pada hari ini menyediakan Perancangan Harta Pusaka diantaranya Hibah, Wasiat dan Amanah merupakan antara solusi utama yang dapat membantu dalam menyelesaikan isu utama ini. Justeru itu, Rakyat Trustee Berhad (RTB) telah ditubuhkan bagi menawarkan produk perkhidmatan peramanahan, perancangan dan pentadbiran harta pusaka secara profesional, efisyen serta mampu milik kepada masyarakat. RTB menawarkan nilai tambah di dalam produk & perkhidmatannya melalui penyediaan permohonan dan dokumentasi secara digital seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

RTB mewujudkan kepelbagaian saluran dalam memasarkan produk & perkhidmatan pewarisan ini kepada masyarakat melalui kolaberasi dengan dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta, institusi kewangan, koperasi dan korporat agensi. Kami juga turut membuka peluang perniagaan melalui jalinan kerjasama sebagai Rakan Niaga bagi menjana pendapatan serta membuka peluang kerjaya kepada masyarakat di dalam industri pewarisan ini.  

Rakyat Trustee Berhad..

RAKYAT TRUSTEE BERHAD (202201016445 (1462142-U)) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat Amanah 1949. Perniagaan utamanya menawarkan produk & perkhidmatan Wasiat, Pentadbiran Pusaka, Hibah dan Amanah. Dengan menggunakan tagline “Kami Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai” terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi dan kami merupakan Syarikat Amanah yang pertama menawarkan produk & perkhidmatan secara digital sepenuhnya kepada pelanggan kami melalui dokumentasi Amanah yang disediakan.

PENASIHAT

TAN SRI DR. MOHD DAUD BAKAR

PENASIHAT

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar adalah pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, yang merangkumi Amanie Advisors, sebuah syarikat dengan operasi global. Beliau merupakan tokoh yang sangat berpengaruh dalam kewangan Islam, setelah mempengerusikan pelbagai Majlis Penasihat Syariah untuk institusi terkemuka seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Pusat Kewangan Antarabangsa Astana (Kazakhstan). Beliau juga berkhidmat dalam Lembaga Syariah pelbagai institusi kewangan antarabangsa, termasuk Amundi Asset Management (Perancis) dan Morgan Stanley (Dubai). Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB. Beliau juga merupakan pengasas bersama Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB Sdn Bhd, serta memegang jawatan pengerusi beberapa syarikat lain. Peranan kepimpinan beliau sebelum ini termasuk sebagai Pengarah di Sime Darby Property Berhad, Pengerusi YAPEIM, dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah menerima pengiktirafan penting atas sumbangannya, termasuk "Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul" pada tahun 2014, "Islamic Economy Knowledge Infrastructure Award" untuk Amanie Advisors pada tahun 2015, dan gelaran diraja "Tan Sri" pada tahun 2021. Beliau juga dikurniakan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Kuwait, PhD dari Universiti St. Andrews, UK, dan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Luaran dari Universiti Malaya.

LEMBAGA PENGARAH

DATO HJ ZAZALI HARON

DATO HJ ZAZALI HARON

PENGERUSI

Berpengalaman dan berkepakaran dalam Sektor Koperasi selama 37 tahun dengan jawatan terakhir Surahanjaya Koperasi sebagai Pengerusi Eksekutif Malaysia. Kini sebagai Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Koperasi BR2 Bhd dan Yayasan Angkasa. Mempunyai kelulusan Master of Trade and Development, Eastern Michigan University (1997) dan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1985).

HAJI KHALILI BUYONG

HAJI KHALILI BUYONG

PENGARAH

Berpengalaman dalam kewangan dan perbankan lebih 35 tahun. Berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak 1983 selama 30 dipinjamkan di Koperasi Malaysia tahun dan Suruhanjaya (SKM) pada 2011-2012. Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Risiko (2015-2019) di Coop Bank Pertama(CBP). Mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

FAUDZI MT DIN

FAUDZI MT DIN

PENGARAH

Lebih 20 tahun pengalaman dalam perbankan, pengurusan dan perkhidmatan pewarisan. Pernah menyertai AmanahRaya Trustee Berhad sebagai Ketua Jabatan sebelum menyertai MyAngkasa Amanah Berhad (2014-2022) dan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Berkelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Pernigaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran (Kepujian) dari Universiti Putra Malaysia(UPM).

AHMAD SAHRUL MOHAMAD

AHMAD SAHRUL MOHAMAD

PENGARAH

Berpengalaman hampir 20 tahun dalam operasi pentadbiran pusaka, produk perkhidmatan perancangan pewarisan. Pernah berkhidmat di Raya Berhad sebagai Amanah dan di MyAngkasa Amanah Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar . Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)

LEMBAGA PENASIHAT SYARIAH

PROF DR BASRI IBRAHIM

PROF DR BASRI IBRAHIM

PENGERUSI

Profesor Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis.

Y.A.D. DATO’ DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR

Y.A.D. DATO’ DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR

AHLI

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) & PUNB. Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM).

PROF. MADYA DATO' DR. MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM

PROF. MADYA DATO' DR. MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM

AHLI

Ketua Jaringan Industri dan Komuniti Fakulti Pengajian Islam (UKM). Felo Bersekutu Institut Islam Hadhari UKM

AHMAD TERMIZI ABDULLAH

AHMAD TERMIZI ABDULLAH

AHLI

Peguamcara dan Peguambela Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga beramal sebagai Peguam Syarie di Termizi & Co. Ahli Jawatankuasa Pembangunan MAIS. Penulis, Panel & Pengajar Faraid dan Harta Pusaka di Media massa dan cetak.

KERJASAMA STRATEGIK & RAKYAT AGENSI

KEKUATAN RAKYAT TRUSTEE BERHAD

Harga Mampu Milik

Harga produk & perkhidmatan ditawarkan mampu milik khusus kepada golongan B40 serendah RM10 serta kaedah bayaran yang mudah.

Teknologi Digital

Penjualan dan pemasaran produk melalui teknologi digital/atas talian yang lebih pantas dan mesra pelanggan.

Sokongan Perniagaan

Menawarkan khidmat sokongan perniagaan melalui latihan, kempen dan hebahan melalui media sosial serta media arus perdana.

Pusat Sehenti (1Stop Centre)

Penulisan, penyimpanan & perlaksanaan Wasiat di RTB serta menawarkan produk-produk pewarisan yang memberi solusi perwarisan kepada masyarakat.

Berpengalaman & Efisyen

Ditadbir urus oleh pegawai yang professional serta berpengalaman luas di dalam industri peramanahan, pewarisan dan kewangan.

SISTEM RAKYAT4U

RAKYAT4U sistem yang dibangunkan oleh RTB bagi memudahkan pendaftaran Produk RTB untuk Rakan Niaga, Konsultan dan Pelanggan yang berasaskan ATAS TALIAN dan DIGITAL.

CIRI-CIRI RAKYAT4U

MUDAH, PANTAS & MESRA PELANGGAN

Harga produk & perkhidmatan ditawarkan mampu milik khusus kepada golongan B40 serendah RM10 serta kaedah bayaran yang mudah.

TANDATANGAN DAN DOKUMENTASI DIGITAL

Dokumentasi dan tandatangan secara Digital seperti mana yang dibenarkan oleh undang-undang di samping penyaksian saksi-saksi

JUALAN, KONSULTAN DAN PERNIAGAAN RAKAN NIAGA

Sistem yang mudah untuk Rakan Niaga memantau Jualan, Perniagaan, Konsultan dan Laporan Produk.

KHIDMAT SELEPAS JUALAN

DOKUMENTASI SALINAN

Harga produk & perkhidmatan ditawarkan mampu milik khusus kepada golongan B40 serendah RM10 serta kaedah bayaran yang mudah.

PLATFORM DIGITAL

Dokumentasi dan tandatangan secara Digital seperti mana yang dibenarkan oleh undang-undang di samping penyaksian saksi-saksi

KHIDMAT PELANGGAN

Sistem yang mudah untuk Rakan Niaga memantau Jualan, Perniagaan, Konsultan dan Laporan Produk.

AMANAH iPUSAKA

AMANAH iPUSAKA

Produk ini tujuan utamanya membantu benefisiari dan waris selepas kematian pelanggan bagi menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka melalui Tabung Amanah yang diperolehi daripada pelanggan kelak.

KELAYAKAN PELANGGAN

Bolehkah pelanggan yang mempunyai penyakit sedia ada melanggan produk ini?

Boleh, dengan syarat hanya pelan Tabung Amanah RM20,000, RM40,000 dan RM60,000 sahaja dibenarkan.

KONSEP PRODUK

KELEBIHAN KONSEP AMANAH PRODUK

Bayaran Bulanan atau Tahunan yang dibayar Pelanggan adalah Harta Amanah sepertimana di dalam Surat Ikatan Amanah

Harta Amanah ini akan dipegang dan dilindungi oleh Takaful Ikhlas

Melalui Harta Amanah pelanggan akan memperolehi sejumlah Tabung Amanah seperti mana Pakej yang telah dipilih pelanggan

TERMA DAN SYARAT PERAMANAHAN

PAKEJ PILIHAN PRODUK PELANGGAN

TEMPOH MATANG (PERLINDUNGAN) TABUNG AMANAH

TUNTUTAN MANFAAT PRODUK

Pembatalan Produk

Manfaat sebagai Benefisiari

Amanah Takaful / Insurans

Objektif

Memastikan pampasan takaful/ insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima/ benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful/ Insurans.

RAKYAT TRUSTEE BERHAD (RTB) dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful/ insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/ benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/ terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Penyerahan Hak Sijil Takaful/ Insurans

Konsep Syariah yang Digunapakai

Dalil Pensyariatan Amanah

Al-Quran - Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)

Al-Hadis - Hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau percaya (untuk menunaikan amanah kepadanya), dan jangan khianati orang yang telah mengkhianatimu.” (Riwayat Abu Daud)

Pelantikan Agen

Wakalah, adalah dari perkataan arab yang bermaksud Wakil atau Perwakilan.

Wakalah merupakan kontrak yang mana seseorang prinsipal/syarikat akan melantik pihak lain mewakili dirinya (sebagai agen/konsultan) untuk melaksanakan tugas-tugas yang khusus. Pihak yang menerima tugas (agen/konsultan) akan dibayar fi di atas tugas yang dilaksanakannya.

Pelaksanaan Produk

1. Penyerahan Hak Mutlak Polisi

Pelanggan akan melantik RTB sebagai Pemegang Amanah/ Pemegang Serah Hak bagi pampasan takaful dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh Syarikat Takaful/ Insurans berkaitan.

2. Arahan Pemegang Amanah

RTB menyediakan Surat Ikatan Amanah (SIA) yang akan mengandungi terma dan syarat peramanahan dan Pelanggan dibenarkan untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat tersebut berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

Contoh Arahan Penyediaan Klausa SIA

Contohnya, RTB membayar yuran pendidikan anak pelanggan terus kepada kolej, jumlah elaun saraan diri adalah RM3,000 setiap bulan serta pengagihan secara berperingkat.

Harta Amanah

Harta Amanah bagi produk ini adalah Pampasan Takaful/ Insurans yang akan diperolehi oleh RTB apabila menerima hak takaful tersebut kelak. Jenis Takaful/ Insurans yang dibenarkan :

TAKAFUL

Polisi Takaful Keluarga.

“Sijil Takaful Keluarga” ertinya sijil takaful yang manfaat takafulnya yang dibayar ketika kematian atau kehidupan, termasuk manfaat takaful yang dibayar berkenaan dengan kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti.

INSURANS

Kelebihan Produk

Syarat-Syarat Pemohon

Terma Produk

Dokumen Diperlukan

Duti Setem Untuk Serah Hak Mutlak

FI PRODUK

Proses Pelaksanaan Produk

PERKHIDMATAN KAMI

WASIAT

Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.

Wasiat Islam

Wasiat Bukan Islam

PUSAKA

Segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain)

Pentadbiran Pusaka Berwasiat (Testate)

Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat (Intestate)

Deklarasi Harta Sepencarian

HIBAH

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Hibah Hartanah

Hibah Tunai

Hibah Saham Koperasi

AMANAH

Amanah sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain)

Akaun Amanah Individu

Akaun Amanah Korporat

Amanah Takaful/Insurans

Amanah iPUSAKA

Amanah Hartanah

DAFTAR SEKARANG UNTUK INFO LANJUT


NextGenLegacy © 2025