Memastikan pampasan takaful/ insurans
diagihkan dan diuruskan kepada
penerima/ benefisiari yang diinginkan
dengan membuat Amanah Takaful/
Insurans.
RAKYAT TRUSTEE BERHAD (RTB) dilantik
sebagai Pemegang Amanah untuk
pampasan takaful/ insurans yang
diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan
kepada penerima/ benefisiari yang
diinginkan sepertimana arahan/ terma
Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
Al-Quran - Firman Allah SWT:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)
Al-Hadis - Hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Yang bermaksud: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau percaya (untuk menunaikan
amanah kepadanya), dan jangan khianati orang yang telah mengkhianatimu.” (Riwayat Abu Daud)
Pelantikan Agen
Wakalah, adalah dari perkataan arab yang bermaksud Wakil atau Perwakilan.
Wakalah merupakan kontrak yang mana seseorang prinsipal/syarikat akan melantik pihak lain mewakili
dirinya (sebagai agen/konsultan) untuk melaksanakan tugas-tugas yang khusus. Pihak yang menerima
tugas (agen/konsultan) akan dibayar fi di atas tugas yang dilaksanakannya.
Pelaksanaan Produk
1. Penyerahan Hak Mutlak Polisi
Pelanggan akan melantik RTB sebagai Pemegang Amanah/ Pemegang Serah Hak bagi
pampasan takaful dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh
Syarikat Takaful/ Insurans berkaitan.
2. Arahan Pemegang Amanah
RTB menyediakan Surat Ikatan Amanah (SIA) yang akan mengandungi terma dan syarat
peramanahan dan Pelanggan dibenarkan untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat
tersebut berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.
Contohnya, RTB membayar yuran pendidikan anak pelanggan terus kepada kolej, jumlah elaun
saraan diri adalah RM3,000 setiap bulan serta pengagihan secara berperingkat.
Harta Amanah bagi produk ini adalah Pampasan Takaful/ Insurans yang akan
diperolehi oleh RTB apabila menerima hak takaful tersebut kelak.
Jenis Takaful/ Insurans yang dibenarkan :
TAKAFUL
Polisi Takaful Keluarga.
“Sijil Takaful Keluarga” ertinya sijil takaful yang manfaat takafulnya yang dibayar ketika
kematian atau kehidupan, termasuk manfaat takaful yang dibayar berkenaan dengan
kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti.
DAFTAR AMANAH TAKAFUL ANDA SEGERA BERSAMA RAKYAT TRUSTEE BERHAD
PERKHIDMATAN KAMI
WASIAT
Ikrar yang dibuat oleh seseorang
semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.
Wasiat Islam
Wasiat Bukan Islam
PUSAKA
Segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain)
Pentadbiran Pusaka Berwasiat (Testate)
Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat (Intestate)
Deklarasi Harta Sepencarian
HIBAH
Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
Hibah Hartanah
Hibah Tunai
Hibah Saham Koperasi
AMANAH
Amanah sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain)