NextGenLegacy

WASIAT

APA ITU WASIAT

Wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999).

Untuk Bukan Islam, Wasiat adalah dokumen pengisytiharan yang membenarkan seseorang individu untuk melantik Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah (termasuk Perjanjian Amanah) untuk mentadbir dan mengagihkan harta dan asetnya kepada benefisiari setelah dia meninggal dunia, dan tertakluk kepada Akta Wasiat 1959.

Bagaimana wasiat ini berkuatkuasa?

Wasiat ini akan berkuatkuasa selepas kematian. Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik iaitu RTB akan menjalankan tanggungjawab mengikut bidang kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan Surat Kuasa iaitu Geran Probet bagi Pentadbiran Pusaka yang Berwasiat.

RTB juga akan melaksanakan Pentadbiran Pusaka simati bermula dengan Pengesahan Aset dan hutang simati, mendapatkan Surat Kuasa, Penyelesaian Hutang Piutang simati sehingga Pembahagian harta mengikut wasiat / hukum/akta.

Bagaimana Wasiat dibuktikan?

Wasiat dibuktikan secara bertulis dan ditandatangan oleh Pewasiat serta Saksi yang sah. Sekiranya terdapat halangan dari segi dokumen dan keesahan, Wasiat tersebut akan memerlukan keterangan saksi. Keperluan Saksi tersebut adalah seperti di bawah :

Apa itu Wasi?

Wasi adalah Seorang/Organisasi yang dilantik oleh Pewasiat semasa hidup iaitu Rakyat Trustee Berhad sebagai Pentadbir dan Pemegang Amanah untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya, melaksanakan hasrat dan arahannya selepas berlaku kematian kelak.

Bolehkah melantik Wasi individu?

JALAN PENYELESAIAN

FI PENTADBIRAN WASIAT

(asas / komprehensif)

Fi Pendaftaran Wasiat : RM 500 (seumur hidup)

Fi Pindaan : PERCUMA

DAFTAR WASIAT ANDA SEGERA BERSAMA RAKYAT TRUSTEE BERHAD


PERKHIDMATAN KAMI

WASIAT

Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.

Wasiat Islam

Wasiat Bukan Islam

PUSAKA

Segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain)

Pentadbiran Pusaka Berwasiat (Testate)

Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat (Intestate)

Deklarasi Harta Sepencarian

HIBAH

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Hibah Hartanah

Hibah Tunai

Hibah Saham Koperasi

AMANAH

Amanah sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain)

Akaun Amanah Individu

Akaun Amanah Korporat

Amanah Takaful/Insurans

Amanah iPUSAKA

Amanah Hartanah

NextGenLegacy © 2025