NextGenLegacy

HIBAH

Apakah Hibah?

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian, sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah.

Hibah pada istilah syarak adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (‘iwad)

Apakah dalil Pensyariatan Hibah?

Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Dalil Al- Quran :

Firman Allah SWT: فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

Apakah rukun Hibah?

BOLEHKAN PENGHIBAH MENGHIBAHKAN HARTANYA SEMASA MARAD AL-MAUT ?

Penghibah yang menghibahkan hartanya dalam keadaan MARAD AL-MAUT iaitu keadaan di mana Penghibah dalam keadaan sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya hendaklah tidak melebihi daripada satu pertiga hartanya kepada BUKAN WARIS dan tidak boleh dihibahkan kepada waris. Oleh yang demikian, hukum wasiat adalah terpakai di dalam keadaan tersebut. Jika dihibahkan kepada ahli waris sama ada kurang atau melebihi satu pertiga, maka hibah tersebut tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain untuk perlaksanaanya.

BOLEHKAN PENGHIBAH MENGHIBAHKAN HARTANYA SEMASA MARAD AL-MAUT ?

Sesuatu proses hibah yang telah sempurna rukunnya akan terus berkuatkuasa serta-merta dan tidak boleh ditarik balik. Walaubagaimanapun Hibah yang boleh ditarik balik adalah hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selagi mana harta tersebut tidak ada kaitan dengan orang lain.

RAKYAT TRUSTEE BERHAD menawarkan perkhidmatan Hibah yang memenuhi solusi dan kehendak pelanggan di dalam perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka

Hibah Hartanah

FI HIBAH

Fi Pendaftaran : RM 1500 (RM1000 harga produk + RM500 Fi proses) * maksima 2 hartanah / tambahan setiap hartanah RM350

Fi Perlaksanaan : 0.5% dari nilai aset semasa

Hibah Tunai

FI HIBAH

Fi Pentadbiran : 1% dari nilai harta Amanah (minima RM300)

Fi Dokumentasi :RM 200 *tidak termasuk duti setem LHDN

Fi Pengeluaran : 1% dari pengeluaran (minima RM 25)

DAFTAR HIBAH ANDA SEGERA BERSAMA RAKYAT TRUSTEE BERHAD


PERKHIDMATAN KAMI

WASIAT

Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.

Wasiat Islam

Wasiat Bukan Islam

PUSAKA

Segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain)

Pentadbiran Pusaka Berwasiat (Testate)

Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat (Intestate)

Deklarasi Harta Sepencarian

HIBAH

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Hibah Hartanah

Hibah Tunai

Hibah Saham Koperasi

AMANAH

Amanah sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain)

Akaun Amanah Individu

Akaun Amanah Korporat

Amanah Takaful/Insurans

Amanah iPUSAKA

Amanah Hartanah

NextGenLegacy © 2025