NextGenLegacy

AMANAH

Apakah definisi AMANAH?

Amanah adalah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang dan kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakan sebagaimana yang dituntut. Amanah juga adalah sesuatu yang harus diperlihara dan dijaga agar sampai kepada yang berhak memilikinya.

Apakah tujuan AMANAH dibuat?

Diurus tadbir

RTB yang akan bertindak sebagai Pemegang Amanah akan membantu mengurus dan mentadbir harta amanah untuk manfaat penerima khusus bagi kanak-kanak bawah umur atau orang kelainan upaya(OKU) daripada disalah guna dan tadbir oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dilindungi

Harta di bawah amanah akan dilindungi daripada tuntutan pemiutang kerana harta amanah bukan pusaka mereka/penderma yang telah meninggal dunia.

Dijamin

Penderma boleh menentukan segala arahan/syarat/klausa peramanahan mengikut keperluan atau dalam tempoh masa tertentu. RTB akan menguruskan harta amanah tersebut bagi kepentingan penerima harta Amanah atau benefisiari sebagaimana terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui di antara Penderma dan Pemegang Amanah/RTB.

RAKYAT TRUSTEE BERHAD menawarkan perkhidmatan AMANAH yang memenuhi solusi dan kehendak pelanggan di dalam perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka

Akaun Amanah Individu

Membolehkan Pelanggan/ Penderma menyediakan sumber kewangan segera melalui Akaun Amanah kepada benefisiari/waris-waris selepas kematian Penderma sementara menunggu pusaka Pelanggan/Penderma selesai diuruskan dan diagihkan sepertimana tertakluk kepada undang-undang.

FI AKAUN AMANAH INDIVIDU

Fi Penerimaan : 1% dari nilaiharta Amanah (minima RM 300)

Fi Dokumentasi : RM 200 *tidak termasuk duti setem LHDN

Fi Pengeluaran : RM 25 setiap pengeluaran

Akaun Amanah Korporat

Akaun Amanah yang berpunca daripada insititusi/perbadanan/ kerajaan/ Yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat / koperasi yang hendak menyediakan Tabung Amanah khusus untuk dana amanah tersebut diagihkan kepada tujuan dan hasrat tertentu.

Amanah Hartanah

Memastikan HARTANAH samada rumah atau tanah milik Penderma menjadi milik Penerima Amanah/ Benefisiari melalui konsep Amanah sepertimana yang terkandung di dalam arahan/terma Surat Ikatan Amanah. Produk ini khusus kepada pelanggan Bukan Islam.

KELEBIHAN AMANAH HARTANAH

FI AMANAH HARTANAH

Fi Pendaftaran : RM1500 (RM1000 harga produk + RM500 fi proses) * maksima 2 hartanah/ tambahan setiap hartanah RM 350

Fi Perlaksanaan : 0.5% dari nilai aset semasa.

AMANAH iPUSAKA

Produk Amanah yang dilanggan peserta bagi membantu waris menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka pelanggan melalui bayaran mudah secara bulanan/tahunan.

Apabila Berlaku kematian peserta, segala kos dan fi pentadbiran pusaka akan diselesaikan melalui Tabung Amanah peserta dan sekiranya terdapat lebihan akan diselesaikan hutang piutang atau/dan dibayar kepada waris/benefisiari melalui Amanah atau/dam Infaq/Sedekah Jariah tanpa melalui proses pentadbiran pusaka.

Kaedah bayaran boleh dibuat melalui bayaran bulanan/setahun kepada pihak RTB mengikut kaedah Arahan Tetap Bank/E-Mandate/Terus Debit/Kad Kredit tertakluk kepada pilihan pakej yang dipersetujui.

Penyertaan produk ini terbuka untuk pelanggan berumur berumur 18 sehingga 79 tahun dan perlindungan Amanah sehingga 80 tahun.

Takaful Ikhlas Berkolaberasi sebagai Pemegang Harta

KELEBIHAN AMANAH iPUSAKA

Pilihan Pakej Amanah iPUSAKA

PERLINDUNGAN AMANAH
BAYARAN BULANAN
BAYARAN TAHUNAN
BAYARAN 4 TAHUN DAN KE ATAS SEKALIGUS
iPUSAKA+WASIAT
*TAWAR WASIAT PERCUMA
**RM 20,000
RM 30
RM 360
RM 1440
HARGA ASAL = RM1940 Jimat = RM500
**RM 40,000
RM 40
RM 480
RM 1920
HARGA ASAL = RM2420 Jimat = RM500
**RM 60,000
RM 50
RM 600
RM 2400
HARGA ASAL = RM2900 Jimat = RM500
RM 80,000
RM 60
RM 720
RM 2880
HARGA ASAL = RM3380 Jimat = RM500
RM 100,000
RM 70
RM 840
RM 3360
HARGA ASAL = RM3860 Jimat = RM500

*TAWARAN WASIAT PERCUMA DIBERI JIKA BAYARAN DIBUAT UNTUK 4 TAHUN SEKALIGUS DAN KE ATAS

**Peserta yang mempunyai Penyakit Sedia Ada hanya dibenarkan melanggan produk sehingga maksima RM 60,000 sahaja

Pilihan Pakej KOMBO iPUSAKA + Wasiat Asas

JUMLAH WANG AMANAH
BAYARAN BULANAN
BULAN 37 & SETERUSNYA
BAYARAN TAHUNAN TAHUN 1 - 3
TAHUN 4 & SETERUSNYA
BAYARAN BULANAN *RM 360 Harga Wasiat Pakej KOMBO
RM 20,000
RM 40
RM 30
RM 480
RM 360
RM 40,000
RM 50
RM 40
RM 600
RM 480
RM 60,000
RM 60
RM 50
RM 720
RM 600
RM 80,000
RM 70
RM 60
RM 840
RM 720
RM 100,000
RM 80
RM 70
RM 960
RM 840

* Wasiat dilanggan melalui Pakej mendapat PENJIMATAN sebanyak RM 140 dari harga wasiat asal RM 500 kepada RM 360.

Syarat-syarat : Pelanggan yang melanggan Pakej ini perlu membuat langganan sehingga minima 36 bulan atau 3 tahun. Jika tidak cukup daripada tempoh tersebut baki bayaran wasiat akan dituntut sewaktu pelaksanaan pentadbiran harta pusaka kelak.

Pilihan Pakej KOMBO iPUSAKA PREMIUM + Wasiat Asas (PERCUMA)

PERLINDUNGAN AMANAH
BAYARAN BULANAN
BAYARAN TAHUNAN
RM 120,000
RM 100
RM 1,200
RM 140,000
RM 120
RM 1,440
RM 160,000
RM 140
RM 1,680
RM 180,000
RM 160
RM 1,920
RM 200,000
RM 180
RM 2,160

* Wasiat ASAS secara PERCUMA dengan Penjimatan RM 500 kepada setiap pakej iPUSAKA Premium.

Syarat-syarat : Untuk Tawaran Wasiat PERCUMA Pelanggan perlumelanggan sekurangnya 3 tahun atau 36 bulan langganan

Amanah Takaful / Insurans

Objektif

Memastikan pampasan takaful/ insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima/ benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful/ Insurans.

RAKYAT TRUSTEE BERHAD (RTB) dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful/ insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/ benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/ terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Penyerahan Hak Sijil Takaful/ Insurans

Konsep Syariah yang Digunapakai

Dalil Pensyariatan Amanah

Al-Quran - Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)

Al-Hadis - Hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau percaya (untuk menunaikan amanah kepadanya), dan jangan khianati orang yang telah mengkhianatimu.” (Riwayat Abu Daud)

Pelantikan Agen

Wakalah, adalah dari perkataan arab yang bermaksud Wakil atau Perwakilan.

Wakalah merupakan kontrak yang mana seseorang prinsipal/syarikat akan melantik pihak lain mewakili dirinya (sebagai agen/konsultan) untuk melaksanakan tugas-tugas yang khusus. Pihak yang menerima tugas (agen/konsultan) akan dibayar fi di atas tugas yang dilaksanakannya.

Pelaksanaan Produk

1. Penyerahan Hak Mutlak Polisi

Pelanggan akan melantik RTB sebagai Pemegang Amanah/ Pemegang Serah Hak bagi pampasan takaful dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh Syarikat Takaful/ Insurans berkaitan.

2. Arahan Pemegang Amanah

RTB menyediakan Surat Ikatan Amanah (SIA) yang akan mengandungi terma dan syarat peramanahan dan Pelanggan dibenarkan untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat tersebut berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

Contoh Arahan Penyediaan Klausa SIA

Contohnya, RTB membayar yuran pendidikan anak pelanggan terus kepada kolej, jumlah elaun saraan diri adalah RM3,000 setiap bulan serta pengagihan secara berperingkat.

Harta Amanah

Harta Amanah bagi produk ini adalah Pampasan Takaful/ Insurans yang akan diperolehi oleh RTB apabila menerima hak takaful tersebut kelak. Jenis Takaful/ Insurans yang dibenarkan :

TAKAFUL

Polisi Takaful Keluarga.

“Sijil Takaful Keluarga” ertinya sijil takaful yang manfaat takafulnya yang dibayar ketika kematian atau kehidupan, termasuk manfaat takaful yang dibayar berkenaan dengan kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti.

INSURANS

Kelebihan Produk

Syarat-Syarat Pemohon

Terma Produk

Dokumen Diperlukan

Duti Setem Untuk Serah Hak Mutlak

FI PRODUK

Proses Pelaksanaan Produk

DAFTAR AMANAH ANDA SEGERA BERSAMA RAKYAT TRUSTEE BERHAD


PERKHIDMATAN KAMI

WASIAT

Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.

Wasiat Islam

Wasiat Bukan Islam

PUSAKA

Segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain)

Pentadbiran Pusaka Berwasiat (Testate)

Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat (Intestate)

Deklarasi Harta Sepencarian

HIBAH

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Hibah Hartanah

Hibah Tunai

Hibah Saham Koperasi

AMANAH

Amanah sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain)

Akaun Amanah Individu

Akaun Amanah Korporat

Amanah Takaful/Insurans

Amanah iPUSAKA

Amanah Hartanah

NextGenLegacy © 2025